Saturday, September 5, 2020

Kos Memiliki Rumah Sewa

Untuk memiliki rumah sewa, ada beberapa kos yang perlu kita ketahui dan sediakan. Saya senaraikan di sini untuk anda mencongak kos tersebut. Ia akan membantu anda membuat keputusan sama ada rumah tersebut berbaloi untuk dijadikan rumah sewa atau tidak.

1. Bayaran muka (downpayment)

Biasanya downpayment ialah 10% daripada harga rumah. Syarat ini terpakai untuk rumah pertama dan rumah kedua sahaja. Untuk rumah ketiga dan ke atas, bank hanya sudi meminjamkan 70% dari harga rumah. Maka kita kena sediakan downpayment setinggi 30%.

Jika anda layak membeli rumah yang dikhaskan kerajaan untuk golongan tertentu, anda mungkin dikecualikan dari downpayment 10% itu. Boleh dapat pinjaman 100% terus. Contohnya, skim rumah belia, rumah Anak Melaka dan lain-lain.

Jika anda ada membuat potongan KWSP, anda boleh gunakan wang simpanan di Akaun 2 untuk dijadikan downpayment. Pengeluaran 'one-off' dari Akaun 2 boleh dilakukan untuk 1 biji rumah saja.

2. Kos guaman 

Ada dua kos guaman yang terlibat, seperti di bawah:

a. Kos guaman untuk jual-beli (sales & purchase agreement atau S&P) 

Kos S&P adalah dalam xx% dari kos rumah. Untuk rumah baru, ada pemaju yang tidak caj kos ini. Untuk rumah sub-sale, kos ini biasanya kita kena keluarkan duit sendiri. 

Biasanya kos setem hasil akan dimasukkan dalam kos S&P yang peguam kenakan.

b. Kos guaman untuk pinjaman bank.

Kos guaman ini biasanya dimasukkan dalam jumlah pinjaman bank. Jadi, tak perlu keluarkan duit cash.

3. Kos membersih dan baikpulih rumah

Ini kos wajib. Mencuci mungkin perlukan kurang RM50 jika kita gunakan barang-barang dari rumah sendiri. Namun kos baikpulih mungkin agak tinggi bergantung jenis kerosakan.

Rumah baru mungkin tiada kerosakan, tetapi rumah sub-sale pasti ada yang hendak diperbaiki. Saya cadangkan anda setkan dalam RM500 untuk tujuan ini.

4. Cukai pintu / cukai tanah

Bayaran cukai pintu/ tanah perlu dibayar untuk tempoh semasa. Jumlah nilai bergantung kepada daerah/negeri dimana rumah itu berada. Biasanya peguam yang menguruskan S&P akan menyatakan jumlah yang perlu dibayar dan mereka akan membayarnya buat kali pertama bagi pihak anda.

5. Lain-lain

Terdapat kos-kos tambahan lain bergantung kepada jenis hartanah anda. Jika rumah anda jenis apartment, anda mungkin perlu membayar kos penyambungan air, gas dan lain-lain caj. Untuk perumahan berpagar, mungkin ada kos permulaan untuk servis sekuriti dan kad akses masuk.  

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...