Monday, September 7, 2020
Fungsi Duit Deposit
Cara Menentukan Kadar Sewa Rumah
Sunday, September 6, 2020
Rumah Lelong
Homestay
Sublet
Sublet adalah istilah yang digunakan bagi rumah yang disewa untuk disewakan. Maksudnya, sesebuah rumah itu disewa kemudian si penyewa menyewakan pula kepada orang lain.
Untuk bagi mudah faham, saya beri contoh berikut. Ali menyewa sebuah rumah pada harga RM700. Dia kemudiannya menyewakan bilik-bilik di rumah itu kepada RM400 bilik utama, RM300 bilik kedua dan RM200 bilik ketiga. Beliau dapat untung RM200 dengan cara ini.
Bisnes sublet sudah menjadi trend sekarang. Ramai penyewa yang mendapat untung atas angin dengan bisnes sublet ini. Bisnes cara ini adalah sah di sisi undang-undang.
Tapi, walaupun ianya sah, tidak bermakna semua penyewa berhak melakukannya. Tuan rumah boleh menghalang penyewa dari melakukan sublet dengan memasukkan syarat ini di dalam perjanjian sewa. Jika kita tidak masukkannya, mereka memang ada hak untuk sublet rumah kita jika mereka mahu.
Saya adalah antara tuan rumah yang tidak membenarkan sublet. Mengapa? Kerana saya ingin memastikan mereka yang menyewa di rumah saya faham dengan syarat-syarat yang saya kenakan. Sewaan dari tangan ke tangan boleh menyebabkan masalah-masalah lain yang kita sebagai tuan rumah tidak tahu hujung pangkal.
Bagaimana Meningkatkan Kadar Sewa
Saturday, September 5, 2020
Keuntungan Bisnes Rumah Sewa
Kos Memiliki Rumah Sewa
Untuk memiliki rumah sewa, ada beberapa kos yang perlu kita ketahui dan sediakan. Saya senaraikan di sini untuk anda mencongak kos tersebut. Ia akan membantu anda membuat keputusan sama ada rumah tersebut berbaloi untuk dijadikan rumah sewa atau tidak.
1. Bayaran muka (downpayment)
Biasanya downpayment ialah 10% daripada harga rumah. Syarat ini terpakai untuk rumah pertama dan rumah kedua sahaja. Untuk rumah ketiga dan ke atas, bank hanya sudi meminjamkan 70% dari harga rumah. Maka kita kena sediakan downpayment setinggi 30%.
Jika anda layak membeli rumah yang dikhaskan kerajaan untuk golongan tertentu, anda mungkin dikecualikan dari downpayment 10% itu. Boleh dapat pinjaman 100% terus. Contohnya, skim rumah belia, rumah Anak Melaka dan lain-lain.
Jika anda ada membuat potongan KWSP, anda boleh gunakan wang simpanan di Akaun 2 untuk dijadikan downpayment. Pengeluaran 'one-off' dari Akaun 2 boleh dilakukan untuk 1 biji rumah saja.
2. Kos guaman
Ada dua kos guaman yang terlibat, seperti di bawah:
a. Kos guaman untuk jual-beli (sales & purchase agreement atau S&P)
Kos S&P adalah dalam xx% dari kos rumah. Untuk rumah baru, ada pemaju yang tidak caj kos ini. Untuk rumah sub-sale, kos ini biasanya kita kena keluarkan duit sendiri.
Biasanya kos setem hasil akan dimasukkan dalam kos S&P yang peguam kenakan.
b. Kos guaman untuk pinjaman bank.
Kos guaman ini biasanya dimasukkan dalam jumlah pinjaman bank. Jadi, tak perlu keluarkan duit cash.
3. Kos membersih dan baikpulih rumah
Ini kos wajib. Mencuci mungkin perlukan kurang RM50 jika kita gunakan barang-barang dari rumah sendiri. Namun kos baikpulih mungkin agak tinggi bergantung jenis kerosakan.
Rumah baru mungkin tiada kerosakan, tetapi rumah sub-sale pasti ada yang hendak diperbaiki. Saya cadangkan anda setkan dalam RM500 untuk tujuan ini.
4. Cukai pintu / cukai tanah
Bayaran cukai pintu/ tanah perlu dibayar untuk tempoh semasa. Jumlah nilai bergantung kepada daerah/negeri dimana rumah itu berada. Biasanya peguam yang menguruskan S&P akan menyatakan jumlah yang perlu dibayar dan mereka akan membayarnya buat kali pertama bagi pihak anda.
5. Lain-lain
Terdapat kos-kos tambahan lain bergantung kepada jenis hartanah anda. Jika rumah anda jenis apartment, anda mungkin perlu membayar kos penyambungan air, gas dan lain-lain caj. Untuk perumahan berpagar, mungkin ada kos permulaan untuk servis sekuriti dan kad akses masuk.
Friday, September 4, 2020
BAB 5 : MILIKI RUMAH SEWA TANPA PERLU BAYAR BULANAN
Tips Memilih Rumah untuk Dijadikan Rumah Sewa
Ulasan Kelas
Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...
-
Ada untungkah bisnes rumah sewa? Jika sesuatu bisnes itu tidak menguntungkan, ia bukanlah bisnes. Ia layak dipanggil hobi atau kerja-kerja k...
-
Ingin saya ingatkan berkali-kali agar perkara ini terpahat di dalam ingatan anda, bahawa rumah sewa kita adalah harta kita yang sangat tingg...
-
Sebaiknya sebagai tuan rumah, kita kena ambil tahu apa undang-undang berkaitan penyewaan rumah yang digunapakai di Malaysia. Pengetahuan ini...