Saturday, September 5, 2020

Keuntungan Bisnes Rumah Sewa

Ada untungkah bisnes rumah sewa?

Jika sesuatu bisnes itu tidak menguntungkan, ia bukanlah bisnes. Ia layak dipanggil hobi atau kerja-kerja kemasyarakatan. Tapi bukan bisnes.

Bisnes wajib memberi keuntungan.

Keuntungan boleh dikategorikan kepada dua, iaitu keuntungan segera dan keuntungan jangka panjang. Bisnes rumah sewa adalah dalam kategori untung jangka panjang. Maksudnya, harini beli rumah belum tentu esok boleh terus untung. Ia mengambil masa.

Biasanya proses tukar milik rumah sudah ambil masa 6 bulan ke 1 tahun. Kemudian kita perlu bersihkan dan perbaiki sebelum boleh mencari penyewa. Kalau perlu letak perabot, tambah lagi masa yang diperlukan. Selesai semuanya barulah boleh dapat disewakan.

Kos sewa biasanya sama atau lebih tinggi dari bayaran pinjaman bulanan bank. Kalau sama, tiada untung tunai untuk kita. 

Eh, kalau begitu apa untungnya menjadi tuan rumah sewa?

Keuntungan tuan rumah adalah pada harga rumah itu sendiri. Ketahuilah, bahawa harga rumah meningkat saban tahun. Tambahan pula bayaran bulanan kepada bank diselesaikan dengan bayaran yang diterima dari penyewa. Apabila memerlukan wang, ketika itulah tuan rumah akan menjual rumah tersebut.

Mari kita buat pengiraan.

Harga rumah = RM230,000
Downpayment = RM23,000 (10%)
Lain2 bayaran permulaan = RM5,000
Pinjaman perumahan kita adalah untuk 30tahun pada kadar interest 4.3%.
Pada tahun ke 10, kita mahu jual rumah untuk tujuan pendidikan anak. Katakan ketika itu harg rumah masih sama RM230,000. 

Berapa keuntungan kita?

Saya menggunakan Home Loan Calculator di www.calculator.com.my untuk mengira berapa jumlah tertunggak. Boleh lihat rajah di bawah bahawa selepas 10 tahun, jumlah tertunggak adalah dalam RM164 ribu.

Untung kasar = RM230,000 - 23,000 - 5,000 - 164,000 = RM38,000.
Atau 135% untuk 10 tahun.
Atau 13.5% setahun.

Itu adalah pengiraan cincai sahaja. Biasanya harga hartanah meningkat lebih kurang 1% setahun berkadaran dengan kadar inflasi negara. Saya gunakan harga sama sekadar mahu tunjuk bahawa keuntungan adalah sesuatu yang pasti.

Inilah untung yang saya maksudkan. Keuntungan inilah yang akan digunakan untuk perbelanjaan anak-anak menyambung pelajaran ke peringkat tinggi suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...