Tuesday, September 8, 2020

Undang-undang Berkaitan Rumah Sewa

Sebaiknya sebagai tuan rumah, kita kena ambil tahu apa undang-undang berkaitan penyewaan rumah yang digunapakai di Malaysia. Pengetahuan ini membolehkan kita bertindak lebih bijak ketika menghadapati pelbagai situasi dalam bisnes rumah sewa.

Peruntukan undang-undang yang ada untuk penyewaan hartanah ialah Seksyen 223, Kanun Tanah Negara. Di dalamnya termaktub bahawa pemilik hartanah di bawah seksyen 223 boleh menyewakan tanah (termasuk rumah).

Ingin saya tekankan di sini, akta ini menyatakan hanya pemilik yang sah boleh menyewakan hartanah mereka.

Undang-undang sudah membenarkan. Jadi apa kita perlu buat? 

Mudah saja. Kita mestilah ada perjanjian sewa dengan penyewa. Kedua-dua pihak mesti tandatangan tanda setuju atas klausa-klausa yang tertulis. Pastikan juga ada saksi untuk perjanjian ini, seorang saksi pihak tuan rumah dam seorang lagi saksi penyewa. Akhir sekali, matikan setem hasil. Tanpa setem hasil dimatikan, perjanjian itu tidak boleh digunakan untuk apa-apa tindakan undang-undang.

Rumah kita beratus ribu harganya. Sanggupkah kita meletakkan risiko yang tinggi pada harta kita yang masih ada hutang di bank itu? Jangan cari pasal..

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...