Friday, September 4, 2020

BAB 4 : WANITA DAN BISNES RUMAH SEWA

Bisnes rumah sewa bukan milik lelaki sahaja, wanitapun boleh. Ia bukannya kerja berat, dan ia tidak akan mengurangkan sifat-sifat kewanitaan kita. Tapi tidak ramai wanita yang menceburi bidang ini. Mengapa agaknya?

Antara yang saya boleh fikir ialah ramai wanita tidak bekerja berbanding lelaki. Tidak bekerja menjadikan mereka tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membeli rumah dan menjadikannya rumah sewa. Benarkah? 

Maklumat yang saya dapat dari Department of Statistics Malaysia (DOSM) mengatakan pada Januari 2020, 68.9% wanita menyumbang kepada pekerjaan di Malaysia, 68.7% pada Februari 2020 dan 68.6% pada Mac 2020. Ini membuktikan sememangnya wanita kurang bekerja berbanding lelaki. Eh, tapi mestilah begini kan.. takkanlah lelaki kurang bekerja dari wanita pula?

Alasan kedua, wanita bekerjaya biasanya mempunyai jadual sangat padat. Siangnya kerja 8jam, kemudian balik rumah hendak memasak,  mengemas dan menguruskan keluarga. Hujung minggu pula dihabiskan dengan kerja-kerja tertunggak seperti mendobi, membersihkan halaman rumah dan sebagainya. Jadi, celah mana nak selit masa untuk jaga rumah-rumah sewa?

Ketiga, kebanyakan wanita tidak pandai bertukang, membaiki kerosakan rumah ataupun menyelesaikan masalah anai-anai. Kerja-kerja begini biasanya bidang kerja lelaki. Tanpa skil ini, wanita tidak yakin boleh menjayakan bisnes rumah sewa. Saya dulupun begini, serbazserbi tak tahu buat. Oh, bukan dulu saja.. sekarangpun sama. Tapi sekarang saya sudah ada 5 buah rumah sewa yang saya urus sendiri, walaupun saya ada kerja hakiki dan keluarga besar untuk diuruskan.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...