Friday, September 4, 2020

BAB 3 - SATU ANAK SATU RUMAH

Tahukah anda bahawa anak-anak kita akan terbeban dengan hutang sebaik sahaja habis belajar? Kerja belum ada, tapi hutang sudah beratus ribu. 

Hutang yang saya maksudkan ialah hutang yang terpaksa diambil untuk meneruskan pelajaran di peringkat tinggi, seperti di universiti.

Keadaan politik semasa tidak sama seperti dulu. Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk membantu orang Melayu belajar ke peringkat lebih tinggi, kerana bangsa lain sudah mula mahukan kesamarataan. Sekarang ini, biasiswa dan bantuan pendidikan sudah sukar untuk didapati tetapi kos pelajaran pula makin tinggi.

Keluarga saya sendiri walaupun berada dalam kategori T20, kami bukanlah dalam kategori kaya sebenarnya. Pendapatan mungkin nampak tinggi, tapi dengan anak 5 orang dan pelbagai hutang wajib, kami tidak mampu untuk tanggung sendiri kos anak-anak di universiti. Jauh sekali untuk belajar di luar negara. Ini sangat-sangat menakutkan.

Ramai sahabat-sahabat saya dalam kategori M40 dan T20 mengaku perkara yang sama.

Adakah kita perlu berserah sahaja menerima takdir? Katakan anak-anak kita layak masuk universiti yang bagus, tapi disebabkan tiada wang kita terpaksa hantar mereka belajar di institusi lebih rendah. 

Kami tidak mahu hanya berserah tanpa usaha. Inilah cara kami. Satu rumah sewa untuk satu anak. Jadi sekarang sudah 5 anak, 5 jugalah rumah sewa.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...