Monday, September 7, 2020

Cara Menentukan Kadar Sewa Rumah

Untuk memastikan bisnes rumah sewa kita tidak rugi, kita perlu tahu bagaimana menentukan kadar sewa bulanan rumah sewa kita. Jangan letak sebarangan kerana rumah anda mungkin tiada orang yang hendak sewa, atau tindakan anda boleh menjatuhkan harga market tempatan.

Langkah pertama, ambil tahu berapa kadar sewa rumah di kawasan tersebut. Boleh periksa di portal atas talian seperti mudah.my atau properties.com. Tengok berapa kadar minima dan maksima. Lihat juga adakah itu kadar untuk rumah kosong atau berperabot.

Kemudian, kira berapa kos tetap bulanan anda sebagai tuan rumah. Contoh kos tetap kita ialah bayaran pinjaman bank, kos penyelenggaraan (untuk rumah apartment atau kediaman servis) dan lain-lain. Katakan bayaran pinjaman bank RM800 sebulan dan penyelenggaraan RM100 sebulan. Jadi selogiknya kadar sewa rumah anda mestilah sekurang-kurangnya RM900 atau lebih.

Bandingkan kos tetap dari pengiraan kita tadi dengan kadar minima dan maksima kawasan sekitar. Jika kawasan itu meletakkan RM1000 sebagai sewa minima untuk rumah kosong, ikut sajalah kadar minima ini. Namun jika kadar sewa kawasan itu hanya RM800, anda buatlah sesuatu agar prospek penyewa sanggup membayar lebih untuk menyewa di situ.

Antara yang boleh dilakukan memasang penghawa dingin dan pemanas air untuk mandi. Ramai yang sanggup bayar lebih sedikit untuk kemudahan ini.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...