Friday, September 4, 2020

Rumah Sebagai Aset untuk Pendidikan Anak-Anak

Setiap kali dikurniakan anak, saya dan suami akan membeli sebuah rumah untuk dijadikan rumah sewa. Tak perlu rumah yang mahal, cukuplah sekadar rumah mampu-milik yang mudah disewakan.

Sekarang kami sudah ada 5 orang anak, alhamdulillah.. jadi sudah 5 buah rumah sewa kami. 

Mengapa bilangan rumah sewa kena sama dengan bilangan anak?

Kerana kami mahu semua anak-anak kami berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi. Kami tidak mahu kewangan menjadi penghalang mereka mencapai cita-cita. Rumah-rumah sewa ini akan dicairkan jika mereka tidak dapat bantuan kewangan.

Dengan cara ini, kami tidak perlu lagi risau tentang perbelanjaan pendidikan. Menjual rumah sewa itu tidak akan menjadikan kami kehilangan tempat tinggal. Ia juga tidak menjadikan kami terbeban dengan pinjaman besar di masa akan datang.

Maklumlah, 10-20 akan datang, kami sudah tua. Tapi anak-anak masih lagi belum habis belajar. Ketika itu kami sudah tiada kudrat untuk bekerja bagi menanggung mereka.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...