Thursday, September 3, 2020

BIODATA PENULIS

NORMAH SALEH adalah anak ketiga dari lapan beradik dari keluarga peneroka Felda Jelai 1 di Gemas, Negeri Sembilan. Selepas menerima pendidikan rendah pertama di Felda tersebut, beliau kemudiannya menyambung pelajaran di kotaraya Johor Bahru atas tiket biasiswa Felda untuk pendidikan menengah rendah sebelum ke MRSM Jasin untuk pendidikan menengah tinggi. Sebelum keputusan SPM dikeluarkan kementerian, beliau sudah memulakan pengajian ijazah sarjana muda Mekatronik di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.

Normah yang lebih mesra dipanggil KAK NOR mempunyai 19 tahun pengalaman kerja di bidang pengurusan projek. Selain dari kerjaya hakiki, Kak Nor juga gemar berniaga kecil-kecilan di medium online, selain menguruskan 5 buah rumah sewa yang dimilikinya.

Di masa luang, Kak Nor gemar membaca buku-buku berkaitan hartanah, kewangan dan saham kerana ia dapat memberikannya lebih banyak idea untuk meningkatkan pendapatan keluarga tanpa perlu mengabaikan keperluan keluarga. Kak Nor juga suka melancong di dalam dan di luar negara bersama keluarga. 

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...