Friday, September 4, 2020

Bagaimana Menguruskan Rumah Sewa

Ada rakan-rakan saya terkejut bila mengetahui saya memiliki 5 buah rumah sewa yang saya uruskan sendiri. Mereka sedia maklum yang saya mempunyai kerjaya hakiki yang memerlukan 8jam dari masa saya setiap hari, 5 orang anak untuk diuruskan dan beberapa perniagaan online untuk dijayakan.

Sebenarnya, menguruskan rumah sewa tidaklah sesukar yang ramai orang sangka. Ia agak mudah jika kita tahu apa yang perlu kita lakukan dan apa yang perlu dielakkan. Saya sudah mengulangi perkara yang sama sejak saya bermula 8 tahun yang lalu, jadi perkongsian kali ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri.

Anda mahu perbaiki cara anda menguruskan rumah sewa? Jadi, jangan panik.. saya akan bantu anda melakukannya langkah demi langkah.

Sebelum kita pergi lebih jauh, ketahuilah bahawa terdapat empat fasa dalam pengurusan rumah sewa. Fasa-fasa tersebut adalah:

Fasa Pertama     : Mencari penyewa

Fasa Kedua        : Menandatangani perjanjian sewa

Fasa Ketiga        : Menguruskan penyewa

Fasa Keempat    : Penyewa keluar rumah

Keempat-empat fasa ini akan kita alami berulang-ulang selagi kita mahu meneruskan bisnes rumah sewa kita. 

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...