Friday, September 11, 2020
Idea Buat Duit
Saya dan suami
dibesarkan dalam keluarga miskin. Hidup hanya kais pagi makan pagi, jadi jauh
sekali nak sembang tentang belajarkan anak tinggi-tinggi. Ayah berulang kali
mengingatkan; kalau bercita-cita besar, wajiblah belajar pandai-pandai untuk
dapat biasiswa. Jika tidak, duduklah di kampung buat kerja kampung. Ayah tidak
mampu untuk bayarkan. Alhamdulillah, ketika itu kerajaan sememangnya meletakkan
pendidikan Bumiputera sebagai salah satu agenda utama. Kami mendapat bantuan
dan biasiswa dari pelbagai agensi kerajaan untuk terus maju dalam kehidupan.
Namun di zaman
ekonomi serba mencabar ini, kita tidak boleh lagi meletakkan harapan kepada
pihak lain untuk melansungkan kehidupan. Zaman di mana kerajaan akan memberi
bantuan jika kita ketinggalan dari segi ekonomi sudah berlalu. Sekarang, apabila
kita mahukan sesuatu kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya. Warga
Malaysia lain sudah memperjuangkan kesamarataan. Taraf Bumiputera kita bukan
lagi tiket untuk diberi bantuan selamanya.
Atas kesedaran
inilah, saya dan suami tekad untuk mencari duit lebih sebagai persediaan pendidikan
anak-anak. Selain mempunyai kerjaya tetap, kami juga mencuba pelbagai cara lain.
Bisnes dropship, sudah. Keluarkan produk sendiri, sudah. Jual kosmetik, sudah. Main
sahampun, sudah. Namun, pendapatan tambahan yang kami dapat tidaklah seberapa
selain daripada ianya menuntut banyak masa kami dihabiskan ke arah itu.
Pada tahun
2012, saya berkenalan dengan seorang kakak sepejabat yang hidupnya tampak
sederhana walaupun sudah berpangkat pengurus. Saya gelarnya Kak Zai. Dialah
yang memperkenalkan konsep satu rumah bagi setiap seorang anak. Katanya, dengan
cara ini dia tidak perlu lagi risau tentang masa depan pendidikan anak-anaknya.
Mereka hanya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri ke pusat
pendidikan pilihan hati, selebihnya mama dan papa akan uruskan dengan adanya
rumah mereka itu.
Kak Zai
menjelaskan, rumah tambahan yang kita beli untuk anak-anak bertujuan sebagai
pelaburan jangka panjang. Kita beli semasa anak masih kecil, dan kita jual
apabila mereka sudah hampir sedia ke menara gading. Sementara nak tunggu
anak-anak membesar, dapatkanlah pendapatan tambahan dari rumah-rumah tersebut.
Banyak pilihan
yang ada berkaitan dengan bisnes rumah. Antara yang menjadi pilihan ramai ialah
rumah sewa jangka panjang dan homestay. Saya memilih rumah sewa kerana saya dan
suami masih bekerja tetap. Rumah sewa tidak memperlukan perhatian penuh berbanding
homestay.
Berbaloikah
pendapatan dari rumah sewa? Saya serahkan kepada tuan-puan yang membaca e-book
ini untuk memberi penilaian. Saya akan perincikan pengalaman saya di sini agar
menjadi pedoman anda yang mahu memilih jalan yang sama untuk pendidikan anak-anak
di masa depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ulasan Kelas
Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...
-
Terpulang kepada kita hendak menyewakan rumah untuk jangkamasa berapa lama sekalipun, asalkan ada keuntungan. Namun, biasanya untuk elak men...
-
Jika kita sudah ada sebuah rumah, ada kemungkinan bank tidak mahu meluluskan pinjaman rumah lain kepada kita kerana tahap kewangan kita suda...
-
Mulakan perjalanan kita memiliki satu rumah untuk setiap anak dari awal, iaitu sebaik sahaja kita dikurniakan anak pertama. Beli yang kecilp...
No comments:
Post a Comment