Saturday, September 5, 2020

Rumah Kosong atau Berperabut?

Tiada formula khas untuk soalan ini, kerana kedua-duanya ada permintaan tersendiri. Saya ada kedua-dua jenis ini.

Dua daripada rumah saya berperabot, manakala tiga lagi kosong saja. Kedua-dua rumah berperabot itu adalah rumah yang terawal kami beli. Yang pertama itu adalah rumah yang kami sendiri duduki semasa mula-mula kahwin, jadi perabot memang penuh satu rumah. Rumah kedua pula dibeli sub-sale termasuk dengan perabot sedia ada.

Rumah-rumah yang kosong itu pula adalah rumah yang dibeli terus dari pemaju. Rumahnya kosong dari asal. Kami tiada bajet untuk memenuhkannya dengan perabot ketika itu.

Di sini saya senaraikan kelebihan dan kekurangan rumah sewa kosong berbanding rumah sewa berperabot. Daripada pengalaman saya ini, diharap ia dapat membantu anda membuat keputusan terbaik untuk rumah sewa anda.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...