Tuesday, September 8, 2020

Wanita Lebih Teliti

Wanita memang sesuai menceburi bisnes rumah sewa kerana sifat semulajadi wanita yang teliti. Ada orang kata cerewet, tapi sebenarnya cerewet itulah teliti. 

Pilih rumah, cerewet.
Pilih penyewa, cerewet.
Draf perjanjian, cerewet.
Periksa rumah selepas dikembalikan penyewa, cerewet.

Serba-serbi cerewet. Semua dia nak tengok dan pastikan satu-persatu. Semua diteliti.

Tapi sebenarnya ketelitian itulah yang membuatkan setiap keputusan dibuat dengan baik. Banyak risiko yang biasa dihadapati oleh tuan rumah sewa dapat dielak.

Nampak tak, betapa pentingnya sifat cerewet atau teliti ini dalam bisnes rumah sewa? Jadi, mengapa wanita masih tidak yakin untuk meceburi bidang ini?

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...