Sunday, September 6, 2020

Anak Kita Tanggungjawab Kita

Anak-anak adalah anugerah. Mereka adalah amanah. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk menyediakan keperluan asas untuk mereka.

Saya dan suami sangat-sangat memikirkan tentang masa depan anak-anak. Kami mahu mereka dapat menyambung pelajaran ke peringkat tinggi. Ia adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk memastikan peluang anak untuk belajar tidak terhenti hanya kerana kita boleh menyediakannya.

Fikirkan perkara ini sejenak. Adakah kita betul-betul sudah bersedia. Dalam 10-20 tahun lagi, kita sudah tua. Kerjapun sudah tiada kudrat, silap-silap tiada siapa nak ambil bekerja lagi. 

Ketika itu, adakah Malaysia masih lagi seperti sekarang di mana bantuan pendidikan boleh di dapati dengan mudah? Bagaimana jika bantuan sangat sukar untuk didapati, dan jika adapun bunga pinjaman sangat tinggi. Belumpun bekerja, anak-anak sudah dibebani hutang.

Zaman dulu kala, ada ibu bapa yang bergadai tanah untuk memastikan anak-anak mereka dapat menjejakkan kaki ke universiti. Mengapa perkara sama tidak kita praktiskan sekarang? Kita jual rumah sewa untuk pastikan anak-anak kita dapat sambung belajar.

Ya, rumah sewa yang memang sudah kita niatkan sebagai aset sementara yang akan digadaikan untuk anak-anak. 

Anak kita, tanggungjawab kita. Tak usah diharap pada orang lain atau kerajaan semata-mata.


No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...