Sunday, September 6, 2020

Bagaimana Meningkatkan Kadar Sewa

Dari semasa ke semasa, bank mungkin akan mengubah kadar bunga pinjaman perumahan kita. Jadi kita tiada pilihan selain dari menaikkan harga sewa. 

Ataupun harga hartanah di kawasan sekitar rumah kita tiba-tiba naik, mungkin ada projek strategik kerajaan atau swasta. Ini adalah rezeki, Kita perlu ikut sama naikkan harga sewa. Adalah tidak wajar meletakkan harga lebih rendah dari harga pasaran semasa agar tidak dilihat cuba menjatuhkan rezeki orang lain.

Namun, jika kedua-dua keadaan di atas tidak terjadi, masih ada ruang untuk kita menaikkan harga sewa. Di sini saya senaraikan idea yang boleh anda cuba:

1. Sewakan bilik satu-persatu

Menyewakan bilik boleh menaikkan jumlah harga sewa rumah kita. Ini sesuai dipraktiskan di kawasan ramai pelajar dan pekerja muda/belum berkahwin. Anda perlulah menyediakan keperluan asas bujang seperti katil dan almari jika mahu sewakan bilik. 

Saya berikan satu contoh rumah 3 bilik saiz biasa. Katakan harga sewa sebuah rumah ialah RM700. Tetapi bila disewakan bilik utama RM350, bilik kedua RM250 dan bilik ketiga RM200, kita sudah dapat untung tambahan RM100 di situ.

2. Tambah perabot/perkakasan utama

Antara perabot/perkakasan yang boleh menaikkan harga sewa ialah penghawa dingin dan pemanas air untuk mandi. Percayalah, ramai yang suka keadaan dingin semasa di rumah, namun nak suam-suam semasa mandi. Kos untuk penghawa dingin adalah dalam RM1,500 seunit (biasanya pasang di bilik utama) dan kos pemanas air dalam RM300 seunit (pasang di salah satu bilik air sudah memadai). Ada dua perkakasan elektrik ini, kita boleh naikkan sewa dalam RM50 sebulan.

3. Tambah perabot penuh 

Perabot lengkap seperti katil, almari pakaian, set meja makan dan sofa adalah asas untuk rumah "fully furnished". Untuk perkakasan pula, kita perlu menyediakan peti sejuk, mesin basuh dan television. Kos memenuhkan rumah 3 bilik menggunakan perabot/perkakasan biasa-biasa adalah dalam RM3,000-RM5,000. Sewaan boleh dinaikkan hingga 300 sebulan.


No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...