Friday, September 4, 2020

Fasa Keempat - Penyewa Keluar Rumah

Selepas setahun, dua tahun atau beberapa tahun bergembira menerima wang sewaan dari penyewa idaman, tibalah masanya untuk penyewa keluar dari rumah. Apakah yang perlu kita lakukan untuk fasa terakhir ini?

Pertama sekali, jangan benarkan penyewa menggunakan wang sekuriti deposit untuk melangsaikan bayaran sewa bulan-bulan terakhir. Mereka perlu membuat bayaran bulanan seperti biasa. Wang deposit adalah untuk kerja-kerja pembersihan rumah  baikpulih, apa-apa denda kerosakan rumah atau bil utiliti tertunggak jika ada. Jika tiada masalah, kita akan pulangkan wang sekuriti deposit dalam jumlah penuh dalam masa yang telah ditetapkan dalam perjanjian sewa.

Pastikan kita sudahpun memulakan Fasa Pertama - Mencari Penyewa sebaik menerima notis berhenti sewa, ataupun sebulan sebelum tarikh akhir sewa. Ini adalah langkah penting untuk memastikan pendapatan sewa kita tidak terjejas selepas penyewa lama keluar. 

Beritahu penyewa bahawa kita akan bawa prospek penyewa baru untuk datang melawat rumah dari masa ke semasa. Pastikan hak untuk melawat ini dinyatakan di dalam perjanjian sewa rumah. Cuma kadang-kadang susah sikit sebab masa penyewa yang tidak menentu. Kena tunggu malam atau hujung minggu sahaja.

Ingatkan penyewa bahawa mereka wajib memulangkan rumah dalam keadaan asal, iaitu keadaan semasa rumah diserahkan kepada mereka. Jika ada kerosakan yang mereka sebabkan, mereka wajib baiki atau ganti. Rumah juga mestilah dibersihkan. Beritahu mereka, kegagalan memastikan rumah dalam keadaan baik dan bersih akan menyebabkan wang sekuriti deposit ditolak.

Pada hari penyewa keluar rumah, buat pemeriksaan rumah bersama-sama. Jika ada apa-apa kerosakan, kita perlu beritahu terus kos terbabit yang akan ditolak dari sekuriti deposit. Jangan lupa ambil bacaan meter air, elektrik dan gas juga. Ini kerana, bil sebenar hanya akan tiba sebulan lagi.

Selepas penyewa keluar, lakemeriksaan menyeluruh sekali lagi. Mungkin ada kerosakan-kerosakan lain yang kita mungkin terlepas pandang. Ambil kesempatan ini juga untuk melakukan penambahbaikan kepada rumah tersebut. Mungkin boleh cat ikut trend semasa, tukar TV yang sudah uzur atau tambah perabot agar menarik penyewa lain pada harga sewa lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...