Sunday, September 6, 2020

Homestay

Homestay adalah bisnes menyewakan rumah pada jangkamasa pendek, iaitu mengikut hari. Kita berpeluang untuk mendapat lebih keuntungan sewa dari bisnes homestay berbanding bisnes sewa rumah yang biasa.

Saya berikan contoh mudah di sini. Katakan sewa bulanan sebuah rumah ialah RM700. Namun dengan homestay RM150 sehari, jika rumah kita disewa setiap hujung minggu kita berpeluang mendapat RM1,200 sebulan. Kita boleh tambah kos sewa harian homestay jika lokasi rumah sangat strategik seperti di kawasan pelancongan atau mempunyai kemudahan yang menarik seperti kolam renang.

Bisnes homestay sesuai untuk rumah yang terletak di kawasan tumpuan. Rumah juga mestilah lengkap berperabot dan berperalatan. Ini kerana pelanggan homestay biasanya mahu keselesaan seperti berada di rumah. Barang-barang keperluan pelanggan seperti tuala mandi, sabun mandi dan sejadah perlu disediakan.

Bisnes homestay memerlukan masa mengurus yang lebih banyak berbanding rumah sewa biasa. Kita perlu membersihkan rumah setiap kali pelanggan keluar. Cadar dan tuala mandi mestilah ditukar juga untuk memastikan kebersihan homestay.

Ini menjadikannya sesuai untuk suri rumah. Kita juga boleh mengupah orang lain untuk menguruskan homestay jika kita tiada masa untuk melakukannya.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...