Sunday, September 6, 2020

Memulakan Bisnes Rumah Sewa

Jika anda belum memiliki satu rumah untuk satu anak, sekarang anda boleh bermula. Saya berikan tips bagaimana anda boleh bermula dengan kadar segera.

Yang penting, kita mesti bermula. Kalau tidak mula langsung, kita tidak akan kemana-mana.

1. Mulakan dengan sebiji rumah dulu.

Tak perlu gopoh terus beli dua biji walaupun kita dapat anak kembar. Biar ada satu tapi dapat kita urus dengan baik, daripada ada banyak tapi tak boleh nak urus sebaiknya.

2. Mulakan dengan rumah yang murah dahulu.

Cuba beli rumah flat atau teres kecil. Jadikan ia sebagai rumah sewa pertama tempat kita untuk belajar memahirkan diri. Yang penting, lokasi mesti strategik dan jangan jauh sangat dari tempat tinggal kita.

3. Gunakan pelbagai kelebihan yang diberikan kerajaan untuk mendapatkan rumah pada bayaran yang rendah.

Ada banyak bantuan dan kelebihan yang kerajaan berikan kepada pemilik rumah pertama, anak watan negeri dan mereka yang berpendapatan rendah. Harga rumah begini juga lebih murah.

4. Beli rumah yang tidak memerlukan downpayment dan kos peguam

Ada banyak rumah baru yang ditawarkan rebat bernilai 10% oleh developer, menjadikan tiada downpayment diperlukan. Biasanya kos guaman juga ditanggung oleh developer.

5. Gunakan KWSP sebagai downpayment 

Jika rumah yang hendak dibeli memerlukan downpayment, boleh keluarkan dari Akaun 2 KWSP kita. KWSP adalah antara badan kerajaan yang pantas memproses permohonan, jadi dalam masa seminggu permohonan anda akan diluluskan jika tiada aral.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...