Sunday, September 6, 2020

Sublet

Sublet adalah istilah yang digunakan bagi rumah yang disewa untuk disewakan. Maksudnya, sesebuah rumah itu disewa kemudian si penyewa menyewakan pula kepada orang lain.

Untuk bagi mudah faham, saya beri contoh berikut. Ali menyewa sebuah rumah pada harga RM700. Dia kemudiannya menyewakan bilik-bilik di rumah itu kepada RM400 bilik utama, RM300 bilik kedua dan RM200 bilik ketiga. Beliau dapat untung RM200 dengan cara ini.

Bisnes sublet sudah menjadi trend sekarang. Ramai penyewa yang mendapat untung atas angin dengan bisnes sublet ini. Bisnes cara ini adalah sah di sisi undang-undang.

Tapi, walaupun ianya sah, tidak bermakna semua penyewa berhak melakukannya. Tuan rumah boleh menghalang penyewa dari melakukan sublet dengan memasukkan syarat ini di dalam perjanjian sewa. Jika kita tidak masukkannya, mereka memang ada hak untuk sublet rumah kita jika mereka mahu.

Saya adalah antara tuan rumah yang tidak membenarkan sublet. Mengapa? Kerana saya ingin memastikan mereka yang menyewa di rumah saya faham dengan syarat-syarat yang saya kenakan. Sewaan dari tangan ke tangan boleh menyebabkan masalah-masalah lain yang kita sebagai tuan rumah tidak tahu hujung pangkal. 

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...