Monday, September 7, 2020

Kesedaran Wanita dalam Pemilikan Rumah

Wanita biasanya kurang mengambil kisah tentang perihal pemilikan rumah. Bagi mereka, ini tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga. Biar orang lelaki selesaikan hal-hal pemilikan rumah. 

Kurangnya kesedaran wanita tentang keperluan memiliki rumah sendiri menjadikan wanita tidak faham bahawa memiliki rumah bukan hanya untuk diduduki. Rumah ada fungsi lain juga, iaitu boleh memberikan keuntungan dalam bentuk capital gain untuk jangkamasa panjang. 

Ia juga bertindak bagai insuran untuk wanita. Jika suatu hari ditakdirkan suami meninggalkan kita (bercerai atau meninggal dunia), kita tak perlu kalut mencari rumah jika rumah peninggalan suami dituntut oleh ahli keluarganya kerana kita sudah ada rumah sendiri. Atau jika memerlukan ?

Namun, wanita sangat-sangat mementingkan anak-anaknya. Setiap keperluan perlu diadakan sebaiknya, ini termsuklah keperluan menyambung pelajaran kebelajar. 

Bila adanya ilmu tentang pemilikan rumah, bolehlah wanita mempengaruhi si suami tentang kepentingan mempunyai satu rumah bagi setiap seorang anak. Ini juga adalah insuran masa depan anak-anak. 

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...