Sunday, September 6, 2020

Prioriti Kehidupan

Ada sahabat sepejabat pernah bertanya, bagaimana saya boleh mampu membeli banyak hartanah sedangkan dia tidak. Gaji kami lebih kurang sama, dan tanggungan kami juga tidak banyak beza. 

Sebenarnya, apa yang membezakan antara saya dan dia adalah apa yang kami utamakan dalam kehidupan (Prioriti Kehidupan). 

Ada orang sering tukar kereta. Harga kereta mereka setanding harga sebuah rumah teres biasa. Kerap tukar kerana sukakan keluaran terbaru yang lebih baik.

Ada yang suka mengumpul beg tangan, pakaian, kasut dan perkakasan mekap. Perbelanjaan bulanan untuk pengumpulan barang-barang kecantikan ini setanding bayaran sebulan ke bank untuk sebuah rumah.

Ada yang suka melancong di dalam dan luar negara. Kos melancong untuk setahun dah hampir sama dengan kos downpayment sebiji rumah.

Ada yang menghabiskan duit untuk hobi-hobi mahal yang tiada pulangan. Hobinya memerlukan bajet bulanan yang bukannya rendah, namun ia memuaskan hati. 

Jika benar kita mementingkan pendidikan anak-anak, kita perlu ubah prioriti kehidupan kita bermula sekarang. Ketepikan sedikit wang untuk memulakan bisnes rumah sewa kita. 

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...