Sunday, September 6, 2020

Rumah Lelong

Membeli rumah lelong adalah salah satu cara untuk dapat memiliki hartanah pada harga yang lebih rendah. Ini kedengaran menarik, bukan? Tetapi percayalah, setiap kebaikan pasti ada keburukan. Saya kongsikan di sini agar kita dapat memilih dengan baik.

Kebaikan:

1. Harga murah dari harga pasaran

Rumah lelong biasanya jauh lebih murah dari harga semasa. Jika bernasib baik, kita boleh dapat hartanah lelong pada harga paling kurang 20% lebih rendah dari harga pasaran.

2. Hartanah jadi milik kita dalam jangkamasa lebih pendek 

Hartanah lelong menghalang penjual dari jual kepada orang lain, jadi proses tukar hakmilik kepada kita jadi pantas. Kita juga diwajibkan melangsaikan kesemua jumlah harga rumah lelong dalam masa tertentu (biasanya 90hari dari tarikh lelongan), jadi selepas itu rumah itu milik kita.

Keburukan:

1. Kerosakan pada rumah

Kita kena beli rumah lelong pada apa jua kondisi ia ketika itu (as-is basis). Kita hanya boleh tengok rumah dari luar sebelum proses lelongan, tak boleh masuk tengok di dalam. Jadi kita tak tahu apa kerosakan yang ada pada rumah itu sebelum kita membelinya. Sebaik rumah menjadi milik kita, kita kena buat pemeriksaan untuk baikpulih apa yang patut. Ini memerlukan kos yang kadangkala agak tinggi.

2. Rumah masih berpenghuni

Ini adalah masalah paling besar kepada pembeli rumah lelong. Adakalanya pemilik lama tidak mahu keluar dari rumah, dan ada juga masanya rumah itu sedang didiami oleh penyewa. Menyuruh penyewa keluar agak mudah tapi mengusir pemilik lama yang degil tidak mahu keluar bukannya perkara mudah. Ini sangat memeningkan kepala. 

Saya ada pengalaman peribadi membeli rumah lelong yang saya sangka telah kosong, tetapi rupa-rupanya dihuni oleh bekas suami si pemilik lama. Beliau tidak mahu keluar walaupun aduan polis sudah dilakukan. Cara terakhir, saya jual saja rumah itu kepada pembeli lain, biarlah mereka yang uruskan sendiri. 

3. Hutang-hutang lama berkaitan rumah

Bil-bil tertunggak, cukai-cukai yang masih dilangsaikan pemilik lama, kos penyelenggaraan rumah ('maintenance fees untuk rumah bertingkat/bersekuriti) dan apa-apa bayaran lain yang masih tertunggak adalah tanggungjawab kita sebagai pemilik baru untuk langsaikan. Kita perlu selesaikan semua bayaran sebelum geran dapat dipindahmilik kepada kita.

Keuntungan dan risiko yang disenaraikan di atas adalah asam garam dalam bisnes. Jika cara ini bersesuaian dengan anda, silakan. Mungkin ia mempercepatkan perjalanan anda mencapai target satu anak satu rumah. Saya cadangkan anda belajar dengan membaca lebih banyak mengenai hartanah lelong dan belajarlah dulu dari individu-individu yang berpengalaman.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Kelas

Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3...